Venue Sukan Asia 2006

Dari segi mercu tanda sukan, kompleks Aspire yang begitu hebat merupakan lambang utama.

Binaan terbesar dunia untuk sukan dalam dewan itu akan menjadi gelanggang acara gimnastik, angkat berat, tinju, wusyu dan kabbadi pada Sukan Asia.

Ia seluas 290 meter persegi dan mempunyai 20 buah bilik, lapan padang bola bersaiz sebenar, kolam renang bersaiz Olimpik, balapan olahraga 200m, kolam acara terjun, dewan gimnastik, dewan serbaguna, dewan pingpong dan gelanggang skuasy.

Berdekatan dengannya ialah Stadium Khalifa yang dihias semula dan akan menjadi tempat majlis pembukaan dan penutupan selain merupakan gelanggang olahraga. Ia pernah menjadi gelanggang beberapa kejohanan Piala Dunia.

Perkampungan sukan

Pemandangan kawasan kompleks sukan termasuk Menara Kota Sukan di Doha

Setelah perkampungan sukan dibuka secara rasminya, Iran menjadi kontinjen pertama mendaftar masuk.Lebih 10,500 atlet dari 45 negara akan berkampung di situ.

Perkampungan itu, yang akan bertukar menjadi bandar perubatan selepas temasya berakhir, dilengkapi sebuah poliklinik, dewan makan, kolam renang dan gelanggang tenis. Ia turut mempunyai kedai serbaneka, perkampungan budaya dan kawasan untuk atlet berlibur.